Tuesday, 21 August 2018

1ST LOVE ??

Image result for 1ST LOVE
"Ini cerita tentangku dan dia. Tentang cinta pertamaku. Tentang kita. Cerita ini tentang kamu yang melupakan kisah ini, atau kamu yang berpura-pura melupakannya? "

Adakah kau masih ingat siapa yang pertama? Dia yang pertama buat jantung kau naik gila. Yang pertama buat kau rasa rindu. Yang pertama buat kau rasa benci dan cemburu. Serta yang pertama mengajar kau tentang indahnya pertemuan dan juga peritnya perpisahan.
Mungkin ada yang sudah lupa. Serta kuat untuk mencampak jauh semua kenangan pertama itu.
Tetapi tidak bagi aku. 
Tak kan pernah aku melupakan lelaki ini. Lelaki yang melahirkan cinta dalam persahabatan kami. 
Related image
Kata orang, First love, never dies. "Cinta Pertama Sulit Dilupakan." Benar apa tidak pernyataan itu  kembalikan ke lubuk hati masing-masing untuk mengakuinya.  Benar apa tidak  perasaan itu pernah menggelayut pada diri kita masing-masing. Tapi, kapan sebetulnya kapan seseorang mengalami kejadian cinta pertama? Apakah ketika Sekolah (Cinta Monyet), ketika belum bekerja (Cinta Bertepuk sebelah kaki atau tangan) ataukah ketika  sudah siap untuk bercinta dengan segala pertimbangan?
Image result for gulamelakacikvida
Cinta kelas kedua tidak akan dapat menangani perubahan fizikal tetapi cinta kelas pertama boleh serta dapat meningkat
bersama perubahan fizikal."


Monday, 20 August 2018

Bila kau Ditanya



Image result for jodoh




Pertanyaan yang sering menghantui  ;1    Dah kahwin ke??2      Umur berapa?     Why u tak kahwin lagi??
Bila dah kahwin tanya bila nak ada anak??

Kenapa ?? korang ni sibuk la, dia nak kahwin dia cari tidak perlu korang cakap2 pun.
Dah belum jodoh memang jodoh kenan cari ingat macam cari anak kucing kot.






Mencari seorang yang akan hidup bersama sampai kita mati bukan senang,  sekarang dah terlalu ramai pasang dekat luar. Macam mana nak kahwin.kalo tak berhati2 kang dapat lelaki yang tak cukup bini kat rumah pulak.Biasa lelaki akan jadikan alasan wife tak pandai layan, perempuan pun skrng ini bukan main lagi, laki busy je mula nak main fb, wechat dan live tak sedar dah bini orang,  kata laki busy tak ada masa layan . mana tak bini / laki kau cari orang lain. Dah masing2 buat hal masing dah mula timbul salh faham.Sekarang aku tak berpihak mana2 pihak, sekarang banyak dah kes cerai berai.  








Dah bukan jodoh??
Senang je kan??
Setakat itu sahaja jodoh,
Kalo camtuh banyak la kahwin cerai.
 
Penat dah bebel nak, semoga keadaan sekeliling kita selalu menjadi pengajaran kepada kita. 
Jangan asyik membawang je. Kbye.


Sunday, 19 August 2018

SUAMI CURANG TIDUR DENGAN PEREMPUAN LAIN?WHAT?


2015-03-25.jpg
Lara sentiasa melihat  dan selalu terbaca semua masalah perkahwinan dan majoriti semua x puas hati dgn suami…Atas pengalaman, kaum lelaki bukan teruk sgt tp mereka mampu berubah mnjadi sgt baik dengan sokongan kita..
Bagi Wanita yang inginkan  Tips Mengenali Suami Curang dan Langkah Menangani nya supaya kita tidak la mudah melantah jika suami kita berlaku curang malah kamu kena fikir mcam mana nak selesaikannyqa bukan menunjukkan perasaan tak puas hati.
2015-03-25.jpg

Tips Mengenali Suami Curang dan Langkah Menanganinya

1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.
2. Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan!
3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen, suami akan bermasam muka.
4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.
5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan ‘kekasih gelap’nya, jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.
6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat, ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong bersama ‘kekasih gelap’nya!
7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda? Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.
8. Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah. Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan ‘kekasih gelap’nya! Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.
9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”
10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.
Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:
1. handphone gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya, semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum, tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.
2. Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.
3 Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.Adakah anda seorang isteri yang terobses oleh suami anda? Jika anda tidak risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami, anda berdua akan kekal bahagia selamanya, Amen!
Nasihat Lara kepada isteri-isteri di luar sana jangan terlalu contol suami anda dan cuba memahaminya supa dia tidak mencari wanita lain untuk bercerita dan akhirnya falling inlove pulak, bukankah itu salah satu puncanya jugak kan..so para isteri berhati-hatilah dengan segala apa yang kita lakukan dan sentiasa mendoakan keharmonian rumah tangga anda..
cik Lara doakan anda semua wahai para isteri 🙂

MENGAPA MENCARI CINTA, SEDANGKAN CINTA??

“Mencari arti dari sebuah cinta?! Apalagi yang ingin kau buktikan? Dia sejatinya sudah lama di sana, senantiasa menunggu kabarmu. Menunggumu untuk kembali, Ia tak pernah lelah untuk selalu menunggu, karena dia hanya ingin menghabiskan waktu dengan menunggu kepulanganmu.” Aku menarik nafas panjang dan menatap tajam menembus matanya.
Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….
sebelum anda menyayangi orang lain anda sayangilah diri dan teguhkan hati dan pendiri supaya kita mudah untuk melatah jika hubungan itu putus di tengah jalan.
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

TERIMALAH SEADANYA

Bercakap tentang menerima pasangan seadanya tentulah tentang suami isteri, termasuklah juga tentang tunang dan kekasih.Boleh terima seadanya? boleh? Alah apa nak berkira sangat? Hidup kat dunia ni bukan lama pun. Hidup yang kekal abadi kan kat akhirat?Kat sini kan persinggahan je. Apa nak kira sangat soal lawa ke tak lawa. Dah tua nanti tak lawa juga. Bahkan kalau pasangan lebih lawa dan hensem kadang-kadang lebih menyusahkan..Kalau alasan utama cantik, tak mustahil awak berpisah dengan dia. Tak terpisah secara fizikal pun secara mental.Oleh sebab tu, kita hendaklah menerima pasangan kita seadanya. Anggap lah dia jodoh yang terbaik buat kita. Tapi kalau berlaku pergaduhan, pergolakan hidup itu sebab salah kita. Salah kita bertindak dan salahlah hasil kita dapat.
Ikatan cinta atau ikatan hati  yang telah dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga.Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun.Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil.Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing.
Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan,antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya. Kerana sudah tidak wujud perasaan sayang yang telah lama tersemai tapi hilang begitu sahaja.
‘Menerima’ bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.
 ‘Penerimaan’ bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian.Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.
 Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

LUKISAN HATI





Jauh di sudut lukisan hati mempunyai banyak lakaran hati yang telah membuatkan hati menjadi penuh lara dan menjadikan ia seperti duri yang cuba membentuk hati menjadi lebih kuat dan penuh rasa dendam namun atas sifat kasih dan sayang dia memikirkan kepedihan hati yang bakal terluka membuatkan segalanya terbatas 





Friday, 17 August 2018

MELEPASKAN




Tapi….dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lainHidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan.Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.” ikhlas, kenapa masih menangis?Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha,Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya. Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.Tapi sampai bila?Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Image result for kerana aku sayang kamu saya lepaskan kamu

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

kebahagiaanMove on. Ubah cara hidup kita.Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.Hanya kita yang alpa dan terleka.

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.Hanya perlu yakin.Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa
Image result for kerana aku sayang kamu saya lepaskan kamu

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?Dekatkan diri dengan tuha dan kita akan dapat jawapan (:

Jodoh Datang Lambat

Lama aku fikir samada nak kongsi ke tak. Ni kisah  aku. Umur dah 27 .  Ujian, jodoh datang lambat kawan kawan semua dah kahwin, ...