Monday, 27 May 2019

Selamat Hari Gawai.



Hari terakhir berada di KL before balik ke Sarawak Tanah airku¬¬ feeling2 pulak.

Siapkan semua kerja sebelum esok cuti, Balik Gawai memang adalah rutin setiap tahun tapi tahun ni adalah 1st balik awal ke kpg, biasanya aku akan balik last minit jer biasa tiket agak mahal sedikit  dari sebelum ini.

Bila balik Sarawak happy tapi mesti rindu yang disini biarpun balik tidak lama hanya seminggu. Tapi rindu. Aku selalu cakap macam mana kalo aku rindu, call la dia kata.. hahahha! Dia ingat kpg aku line dia macam sini. Takpe I will miss you ! Siapa?? Jangan Tanya la. Shhhhhh! Senyap dulu.

Gawai  1st June, adalah celebration yang besar bagi kaum dayak di Sarawak. 

“Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa"


Related image


Friday, 26 April 2019

TERIMALAH SEADANYA


Bercakap tentang menerima pasangan seadanya tentulah tentang suami isteri, termasuklah juga tentang tunang dan kekasih.Bolehterima seadanya? boleh? Alah apa nak berkira sangat? Hidup kat dunia ni bukan lama pun. Hidup yang kekal abadi kan kat akhirat?Kat sini kan persinggahan je. Apa nak kira sangat soal lawa ke tak lawa. Dah tua nanti tak lawa juga. Bahkan kalau pasangan lebih lawa dan hensem kadang-kadang lebih menyusahkan..Kalau alasan utama cantik, tak mustahil awak berpisah dengan dia. Tak terpisah secara fizikal pun secara mental.Oleh sebab tu, kita hendaklah menerima pasangan kita seadanya. Anggap lah dia jodoh yang terbaik buat kita. Tapi kalau berlaku pergaduhan, pergolakan hidup itu sebab salah kita. Salah kita bertindak dan salahlah hasil kita dapat.
Ikatan cinta atau ikatan hati  yang telah dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga.Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun.Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil.Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing.
Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan,antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya. Kerana sudah tidak wujud perasaan sayang yang telah lama tersemai tapi hilang begitu sahaja.
‘Menerima’ bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.
 ‘Penerimaan’ bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian.Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.
 Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

Tuesday, 26 March 2019

A.K.U


Kadang-kadang hati sayu, kenapa sebegini? Kenapa sebegitu? Bukan kerna tidak bersyukur atau menikmati kehidupan. Kehidup sendiri bukan mudah. Kehidupan jauh dari keluarga bila umur 18 tahun sampai kini.
Buat semuanya sendiri, kadang-kadang bila di kolej orang ada bawa ayah datang jenguk dan bila tengok dorg makan dengan family rasa sayu tengok sebab family jauh. Saya pulak setahun sekali balik bukan taknak balik, takkanlah kita kerja asyik nak balik kpg kan. Bagi saya kerja itu umpama nyawa, kalo lambat saya dah tak senang duduk. Bukan tak sayang family, bagi saya seluruh family saya adalah nyawa saya.

Mungkin kadang-kadang saya terpaksa sedih sendirian bila jauh ini, kerna saya akan mengalami kehilangan orang yang saya sayang, contohnya, saudara yang dekat yang saya rapat masa kecil pergi tapi saya tak dapat balik, saya mampu menangis dalam bilik je la. Itu pengorbanan yang perlu saya buat sebab itu yang saya pilih bila saya pilih untuk belajar di sini. Saya seorang baran, ada benda saya boleh sabar ada benda saya tak boleh sabar. Keluarga saya tahu saya ni garang, mulut boleh tahan jahat jugak la, tapi satu je saya family saya ada harta yang saya ada.

Rindu mestilah rindu, tinggal 2 bulan lagi nak peluk family, nak menanti 2 bulan itu sengsara tau. Btw semoga tahun-tahun seterusnya dorang sentiasa ada dan panjangkan umur ahli keluargaku.



Sunday, 24 March 2019

selamat malam

Selamat malam, tepat pukul 10.17 malam, mata sudah mula redup menanti saat-saat untuk tidur.

Mencoret seketika, apa Yang aku impian kan? Aku tahu apa Yang aku inginkan tapi untuk kecapi bukan mudah. Saya masih berusaha mencapai apa yg inginkan mengumpul bajet untuk buat apa yg saya inginkan. 

Saat ketika mata mula tutup untuk membelai mimpi-mimpi indah atau sebaliknya. 

Selamat malam.



Saturday, 16 February 2019

SELAMAT TINGGAL

Sila Move on, please!

Aku dah lama move on, Aku begini bukan kerana kau tapi ini hidup aku inginkan dan kau tak perlu rasa simpati atau rasa bersalah.

Sudah banyak benda yang cuba aku pertahankan dan cuba segalanya untuk kita tapi kamu awal-awal putus asa, aku berjuang sendiri tapi kamu biarkan aku sendiri tanpa kamu peduli apa impian yang kita cuba bina. Saya tahu kamu dah cuba semampu boleh.

Tiada yang lebih hebat dari cinta Tuhan, Terima Kasih kerna pernah hadir dalam hidupku dan kenangan yang telah jadi kenangan. 

Ketawa, senyum, gurauan yang buat aku dulu fall in love, tapi kini senyuman itu cuma kenangan. Kini kamu sudah ada life sendiri, tapi aku tidak punya sesiapa-siapa, aku cuma ada kenangan denganmu hiasi hidupku, sampaikan aku tertanya, kenapa aku begini.

Kenangan selama 8 tahun (2005-2013), 1st love. Terima Kasih dan selamat tinggal.

LATE NIGHT

Sudah lama tidak membuka laman luahan aku ini, Mencari sesuatu yang tidak tahu apakah yang diingini aku sebenarnya. Masih tertanya-tanya tentang apakah yang aku inginkan dalam hidup kebahagiaan sementara atau selamanya. Jangan tangisi benda yang pasti aku tak dapat atau menanti benda yang pasti bukan milik aku.

Mencarikan sesuatu yang boleh membuatkan diri sendiri bangga. Mencari sesuatu matlamat yang aku cari selama ini, tapi apakah yang aku inginkan itu persoalannya.

 Related image

Saturday, 20 October 2018

Jodoh Datang Lambat


Image result for married word

Lama aku fikir samada nak kongsi ke tak. Ni kisah  aku. Umur dah 27 .  Ujian, jodoh datang lambat kawan kawan semua dah kahwin, ada yang dah beranak pinak dah.
Aku ni jenis keras sikit. Ego tinggi. Memang tak la aku nak tunjuk yang aku terhegeh-hegeh atau lebih berminat ke arah relationship tu. Memang la perempuan kena jaga. Aku rasa stress kot kawan yang sebaya dah kahwin, ada anak. Tapi aku masih membujang.
Jadi, aku nak ajak la wanita yang masih bujang di luar sana untuk check balik diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain yang seolah olah menyebabkan jodoh tu lambat.Sudah lah duk bising bising kat alam maya ni. Buat malu je.  Tuhan tahu bila masa yang terbaik untuk takdirkan jodohtu sampai. Sekarang, baiki dulu diri sendiri. Lelaki pun sama. Jangan duk rasa ready sangat. Ingat senang ke nak jaga perempuan yang bergelar isteri?
Kalau kita jaga hubungan kita dengan Tuhan, pasti Tuhan akan mudahkan urusan kita dengan manusia. Tu je kunci nya.
Image result for married

Selamat Hari Gawai.

Hari terakhir berada di KL before balik ke Sarawak Tanah airku¬¬ feeling2 pulak. Siapkan semua kerja sebelum esok cuti, Balik Ga...